[VIDEO] Ahli Parlimen DAP Ibaratkan Usaha Perkasa Tulisan Khat Seperti Menyapu “Kotoran Lembu” Ke Muka?

846

Susulan bantahan oleh Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) berkaitan keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah pada 31 Julai lalu, hari ini Ahli Parlimen DAP dari Kepong, Lim Lip Eng dilihat turut sama memanaskan isu tersebut apabila status facebook miliknya mengongsikan satu frasa dari artikel Malaysiakini yang menyifatkan usaha tersebut seumpama meletakkan “kotoran lembu” ke muka sendiri.

Lim Lip Eng melalui status awal di facebooknya mengongsikan;

“While education ministers in our neighbouring countries are planning to introduce computer programming language (coding) to their young students, let us not rub cow manure on our faces by introducing khat. Please.”
https://m.malaysiakini.com/columns/486494

Hantaran tersebut, walau bagaimanapun mendapat perhatian warganet dan ada dikalangan mereka menafsirkan perkataan “cow manure” sebagai najis lembu. Susulan dikritik hebat netizen, akhirnya Ahli Parlimen itu akur dengan tekanan yang diberikan dan membuat suntingan dari status asal dengan membuang perkataan let us not rub cow manure on our faces by introducing khat.

Klik gambar untuk terus ke facebook Lim Lip Eng

Hasil semakan terkini, status tersebut telah dipadamkan.