[VIDEO] Anwar Ibrahim Sebar Berita Palsu

860

Dari Facebook Dr Kamarul Yusoff;

ANWAR IBRAHIM PENYEBAR BERITA PALSU

Inilah dia rakaman ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diupload di Facebooknya pagi tadi, 5 Mei 2020, dalam mana beliau menyebut: “Koperasi kedai judi dah dibuka, itu orang berhimpun jugak… Apa yang patut disegerakan kedai judi saya pun tidak faham kerana kedai judi ini akan dikerumuni.”

Ini berlaku tatkala Unit Respons Pantas KKMM dalam kenyataan medianya pada jam 800 malam tadi, 4 Mei 2020, telah menyebut: “Semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) telah diarahkan tutup operasi sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak”.

Takkanlah Ketua Pembangkang pun menyebarkan berita palsu?

(Turut dibuat oleh Anwar ialah menyindir pihak yang tidak dinamakan, pastinya merujuk kepada PAS, yang sebelum ini kononnya bersikap keras mengenai “haram” dan “hudud” yang kini didakwa “diam” kerana kononnya terpukau oleh kuasa dan harta.