[VIDEO] Covid-19 : Azwan Ali ‘Bahasakan’ Golongan Tabligh Elak Saringan Sebagai Penunggang Agama

1736

Susulan kedegilan beberapa pihak yang terus degil mematuhi arahan pihak berkuasa berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 Mac lalu, personaliti media, Azwan Haji Ali tampil membuat satu lagi video menegur dengan nada yang agak keras.

Melalui video berdurasi 12 minit 50 saat yang dimuatnaik melalui akaun Facebook Saiful Torres itu, Azwan memaki hamun beberapa golongan yang terus degil untuk mematuhi perintah yang dikeluarkan Kerajaan.