[VIDEO] Khatib Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Baca Khutbah Di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar

705

JEMAAH Masjid Al Bukhary, Alor Setar gempar seketika apabila ketika sedang khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan, secara tiba-tiba imam berkenaan rebah, hari ini.

Kejadian tersebut turut dirakamkan oleh beberapa jemaah yang hadir.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh netizen di Facebook, Imam yang dikenali sebagai Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim pada mulanya kelihatan menyampaikan intipati khutbah terbabit seperti biasa tanpa sebarang tanda-tanda ada sesuatu tidak kena atau tidak sihat.

Bagaimanapun beliau secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum sekumpulan jemaah kelihatan segera menghampirinya.

Ku Yaacob dilaporkan pengsan sebelum pasukan perubatan tiba dan memberikan bantuan penafasan (CPR).

Bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia.