[VIDEO] Lelaki Amuk Bunuh Ibu dan Adik… Ini Cerita Sebenarnya..

337

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Tindakan seorang pengguna media sosial memuat naik video amuk lelaki mengudang cemas warga maya sebelum mengetahui ia hanya lakonan dalam sebuah penggambaran.

Video berdurasi 48 saat menunjukkan seorang lelaki mengacu senjata parang ke arah beberapa anggota polis yang mahu mententeramkan pemuda terbabit.

“Seorang mat fit (penagih dadah) cuba lawan polis lepas tetak mak dia,” tulis @jaiscocker.

Apa yang melucukan adalah dialog janggal lelaki amuk terbabit yang menjerit memanggil ibunya walaupun mengaku telah menetak wanita itu.

Terdahulu, lelaki berkenaan juga dilihat membuang parang di tangan seolah-olah mahu anggota polis menahannya.

Rata-rata pengguna media sosial mengaku tertipu dengan kejadian yang disangka benar-benar berlaku itu.

“Hebat juga awak permainkan hati dan perasaan warga maya ni,” kata Salman Faris.

“Patutlah saya nampak mikrofon kat tepi tu, dalam hati ‘peh cepatnya wartawan sampai’,” kata @theApril26th pula.