[VIDEO] Lima Lelaki Bersenjata Terakam Rompak Kedai Telefon Di Kelantan

1048

Satu rakaman CCTV kes samun bersenjata di sebuah kedai menjual telefon Kg Peringat Kota Bharu,Kelantan yang berlaku pada 15 Julai lalu kini tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman, rompakan dilakukan 5 suspek lelaki dipercayai berbangsa Melayu berdasarkan dialek percakapan yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna Hitam.

Walau bagaimanapun, nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan tidak sempat dicatat mangsa.

Modus operandi suspek ialah meronda-ronda sekitar kawasan kedai beberapa kali sebelum menerjah masuk dan merompak mangsa.