[VIDEO] MB Perak Tampil Berlagu Bersama Jamal Abdillah dan Shiha Zikir dalam Moh Beraya

923

Penyanyi tersohor negara Jamal Abdillah baru sahaja tampil dengan sebuah lagu hari raya berjudul Moh Beraya yang turut menampilkan penyanyi Shiha Zikir.

Istimewanya lagu ciptaan Harry Khalifah dan lirik Ajim Maze ini turut menampilkan suara Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan beberapa individu lain.

“Idea ini dicetuskan oleh Menteri Besar dan setiausaha politiknya. Mereka minta saya carikan sebuah lagu yang sesuai untuk dijadikan lagu raya negeri Perak. Benda dah lama dirancang dan proses rakaman sudah dilakukan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Memandangkan dalam PKP, muzik video lagu ini dihasilkan dalam bentuk ilustrasi wajah kami,” katanya.