[VIDEO] Pegawai MB Perak Kongsi Proses Ujian Saringan Covid-19

576

Selepas memasuki hari ke-16 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, tentunya ramai yang tertanya-tanya bagaimana ujian saringan Covid-19 dilakukan melalui kaedah swab test.

Hari ini, Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Besar Perak, Mubin Salleh mengongsikan satu video kaedah tersebut yang memaparkan dirinya sedang diambil sampel dari hidung dan tekak. Kelihatan, ujian tersebut ternyata sedikit memeritkan.

Melalui video tersebut, beliau menulis;

3 hari lepas saya ada lakukan ujian saringan Covid-19.

Alhamdulillah, pihak hospital maklumkan tadi, saya negatif Covid-19. Namun, tetap perlu berhati-hati selepas ini.

Buat rakan-rakan semua, kerap cuci tangan, jaga jarak 1 meter, duduk di rumah dan patuhi arahan kerajaan dari masa ke semasa.

Kita jaga diri kita, demi selain kita