[VIDEO] Remaja Perempuan Pijak Al-Quran, Tersenyum Mengaku Pernah Bersetubuh

1207

Seorang remaja perempuan bertindak melampau apabila sanggup memijak senaskah al-Quran semata-mata ingin membuktikan dirinya telah melakukan persetubuhan.

Paparan video berdurasi tiga minit 13 saat yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan remaja perempuan sedang merakam tindakan melampau itu berhampiran sebatang jalan di sebuah kampung.

Dalam video tersebut, kumpulan remaja berkenaan bertindak menyoal dan meminta remaja terbabit untuk membuat pengakuan bersumpah dengan memijak senaskah al-Quran berwarna hijau yang diletakkan di atas jalan .

“Betul kau bersetubuh?,cakaplah jujur.Sumpah kau bersetubuh?,” soal beberapa kawan kepada remaja perempuan terbabit.

Bagaimanapun dalam rakaman berkenaan, remaja terbabit tanpa segan silu dan bergelak tawa mengaku bahawa dirinya telah disetubuhi seorang lelaki tanpa kerelaannya.

Sehingga kini, rakaman video tersebut mendapat 590 komen balas dan 3,873 perkongsian di laman Facebook.