Video Semburit : Setiausaha Agung PKR Gesa PDRM Kenal Pasti Pelaku Sebenar

676

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini melalui twitter miliknya mengeluarkan satu kenyataan dan menggesa PDRM untuk menentukan 2 perkara berhubung video semburit yang tular sejak sebulan lalu.

Saifuddin mendesak agar siasatan tersebut turut merangkumi dua persoalan penting iaitu, pertama, menentukan kesahihan dan mengenalpasti pelaku sebenar yang beraksi di dalam video semburit dan kedua kesalahan menyebarkan video berkenaan.