Semalam, Anugrah Juara Lagu ke-33 berlangsung dengan penuh gemilang dan jayanya.

Keputusan penuh AJL33 menyaksikan:

Juara: Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Naib Juara: Bunga – Ara Johari

Tempat ketiga: Sampai Bila – Misha Omar

Vokal Terbaik: Misha Omar

Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi

Sungguhpun begitu, tindakan pengacara majlis itu, Sherry Alhadad yang mengungkapkam satu “tagline” terkait Najib Razak iaitu Malu Apa Bossku mendatangkan rasa kurang senang penyokong sebuah parti yang kini menaungi pemerintahan di Putrajaya.

Seorang netizen mendesak agar TV3 memohon maaf dan menyunting semula rakaman AJL33 sekiranya mahu disiarkan semula dengan memadamkan bahagian yang menyebut “Malu Apa Bossku” dan ” Salam 1Malaysia”.