[VIDEO] Tun M Bakal Sertai PKR Selepas Keahlian Bersatu Digugurkan?

612

Melalui satu video yang dimuatnaik oleh blogger politik Raja Petra Kamaruddin semalam, beliau mendakwa jalan terakhir untuk Pakatan Harapan menghadap Yang Dipertuan Agung bagi merealisasikan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional adalah dengan membenarkan Tun Mahathir Mohamad menyertai mana-mana sahaja parti komponen Pakatan Harapan.

Menurut Raja Petra, adalah mustahil Tun Mahathir dapat menggerakkan usaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional sekiranya berada di blog ahli parlimen bebas. Tun Mahathor dikatakan perlu untuk dilantik sebagai presiden mana-mana parti komponen Pakatan Harapan sekiranya mahu meneruskan hasrat itu.