[VIDEO] Wardina Menangis Ditroll Netizen

550

Australia, 3 November: Bekas pelakon Spanar Jaya, Wardina Safiyyah menangis gara-gara netizen men’troll’ beliau di satu hantaran video pada satu laman facebook perniagaan yang berkerjasama dengannya untuk produk tudung.

Melalui siaran langsung IG Story di akaun instagramnya, Wardina berkata beliau kesal dengan rakyat Malaysia yang menurutnya mengganggu (harassing) laman facebook perniagaan tudung terbabit.

Walau bagaimanapun, melalui beberapa komen yang ditunjukkan beliau, Buletin TTKM mendapati kebanyakan komen yang diberikan netizen adalah lebih kepada berbentuk sinis dan troll terhadap Wardina sendiri, antaranya:

“Makcik Pakcik, Dia ni baik orangnya.. Baik sangat… Tol free”

“Maszlee baik orangnya… terus pakcik makcik percaya ***** Wardina. moga bahagia di akhirat nanti.”

“This will contribute to toll demolish or not? If purchase from Malaysia, GST included?”

“Shawl gambar tol Simpang Renggam warna merah PPBM ada tak? Kalau ada nak beli satu kasi Maszlee pakai…”

“I believe Maszlee Malik is a good man, i know him aunties!” yeah right, says a woman living in Australia. Thousand have lost their jobs and the figures keep counting”

“Amboi kak! Lawa tudung tu.. Sesuai sangat-sangat kalau dipadankan dengan kasut hitam.. Meletop!”


Tangkap layar komen di FB perniagaan tudung yang ditunjukkan pada video IG Story Wardina.

Petang tadi, laman perniagaan tersebut telah ditutup gara-gara terlalu ramai ‘tentera bawang’ dari Malaysia berkampung dan membawang di ruang komen hantaran video itu.

“Saya berasa sangat sedih. Saya tidak tahu. Ini tidak betul. Kesian dekat dia, ini sudah tentu bukan laman (FB saya). dia terpaksa tutup laman dia. Saya tidak mahu menangis. “ – Wardina

Untuk rekod, ketika kempen PRU 14 lepas, Wardina berkempen untuk Pakatan Harapan dan Dr Maszlee ( Pakatan Harapan-PPBM) bagi kerusi parlimen Simpang Renggam.

“Dr Maszlee ni suka sangat tolong orang susah, miskin, kanak-kanak OKU, peramah sangat, kalau jumpa Dr Maszlee dengan keluarga insyaallah sejuk hati makcik.Bukan apa makcik, saya nak cakap macam ni makcik. Dr Maszlee ni memang orang yang baik makcik, jadi kita… orang yang memang baik makcik, orang Simpang Renggam bertuah dapat Dr Maszlee Malik ni. Makcik, undilah Dr Maszlee Malik ni, dia orang yang jujur, orang yang ikhlas, makcik. Makcik dan pakcik, bukan apa, kita nak hantar orang baik-baik ni pergi parlimen insya allah makcik. Makcik, pakcik, undi Dr Maszlee Malik yeh? Dia orang baik makcik. Orang yang baik ni jangan kita lepaskan. “ – Wardina.

Antara kempen yang dimainkan oleh Pakatan Harapan untuk Maszlee Malik adalah memansuhkan tol di Simpang Renggam sekiranya PH menang PRU 14.

Walaubagaimanapun, setelah lebih setahun memenangi pilihanraya, plaza tol di Simpang Renggam masih tersergam indah dan pembayaran tol tetap berjalan seperti biasa. -Buletin TTKM-