[VIDEO] Warga Asing Beri Ingatan, Anaknya Mungkin Bakal Ahli Parlimen Pada Tahun 2035

845

Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang individu yang dipercayai warga asing menyuarakan ketidakpuasan hatinya dipercayai berhubung isu panas pendatang asing.

Melalui video berdurasi 6 minit lapan saat itu, beliau dilihat turut menyatakan kemungkinan anak beliau bakal menjadi ahli parlimen menjelang tahun 2035 selain mempersoalkan keturunan ahli parlimen di dalam negara pada ketika ini. Walau bagaimanapun, usaha Malaysia Sentral untuk mengenal pasti samada video tersebut adalah baru atau sudah lama dimuatnaik tidak dapat dipastikan.