Wakil Rakyat BN Dari Utara ‘Terlepas’ Tuduhan Rasuah Selepas Tamatnya Kontrak Shukri Abdull

502

Hari ini, laman maya kecoh dengan perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang baru menggantikan Datuk Seri Shukri Abdull berkuatkuasa 1 Jun 2019.

Ramai yang mempertikaikan kewajaran perlantikan Latheefa Koya untuk memegang jawatan tertinggi SPRM itu.

Dengan perlantikan ini, secara langsung, Pendedahan yang dilakukan oleh Shukri pada 22 Mei 2018 lenyap bersama pergi bersama beliau.

Shukri melalui laporan Free Malaysia Today (FMT) mendedahkan bahawa seorang “ahli Parlimen dari utara” cuba menyogoknya untuk menutup kes 1MDB, pada 2015.

Sewajarnya, sebelum melepaskan jawatan kepada Latheefa Koya, Shukri perlu menyatakan secara terperinci butiran individu yang didakwa cuba menyogok beliau ketika itu dan membawa individu tersebut ke muka pengadilan bagi membuktikan dakwaan yang dibuat beliau adalah benar dan bukan sebuah rekayasa politik untuk memburuk-burukkan kerajaan terdahulu.