Wan Azizah Terlupa Untuk Laksana Satu Lagi Janji ‘Istimewa’ Berkaitan Mahathir Yang Dibuat Sebelum PRU14?

635

Selepas 10 bulan Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan Putrajaya, janji yang dibuat Presiden gabungan empat parti itu kelihatan semakin kelam untuk direalisasikan.

Free Malaysia Today melalui artikel bertarikh 26 Julai 2017 dilaporkan berjanji Pakatan Harapan akan menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Mahathir sekiranya mereka berjaya menewaskan Barisan Nasional pada PRU14.

Sekalipun Pakatan Harapan sering diasak berkaitan manifesto 10 janji 100 hari yang gagal mereka laksanakan, tumpuan Wan Azizah juga wajar diarahkan untuk memenuhi janji yang satu ini bagi memastikan integriti Pakatan Harapan dapat dinaikkan semula di mata rakyat dan membersihkan nama Tun Mahathir.