Zakat Harus Diagihkan Oleh Bukan Islam – Mufti Pulau Pinang

614

KENYATAAN MEDIA

ZAKAT HARUS DIAGIHKAN OLEH BUKAN ISLAM

Saya ingin menjelaskan tentang kekeliruan tentang isu yang tular dalam media sosial sehari dua ini berkaitan zakat yang diagihkan kepada golongan asnaf oleh beberapa wakil rakyat bukan Islam di Pulau Pinang.

Saya hanya beri penjelasan dari sudut hukum feqah iaitu harus orang bukan Islam diwakilkan sama ada untuk menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf (boleh rujuk tentang syarat2 wakalah). Ini hanya yang berkaitan dengan mu’amalat dan ‘Ibadat Maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah. Adapun ibadat yg berbentuk fizikal (Ibadat Badaniyah) seperti solat dan puasa maka tidak harus diwakilkan kpd orang lain, Muslim atau Non-Muslim, untuk melakukannya bagi pihak seseorang.

ZPP hanya menyalurkan zakat menerusi pelbagai pihak termasuk menerusi wakil-wakil rakyat Muslim dan Non Muslim untuk disampaikan kepada golongan asnaf. Asal tidak diselewengkan, pada pandangan saya, tidak perlu dijadikan isu!

Sebagai Mufti saya ingin menyeru umat Islam supaya tidak membesarkan perkara remeh temeh seperti ini, sebaliknya perlu lebih menumpukan PERHATIAN kepada hal-hal yg lebih penting bagi memacu pembangunan ekonomi dan pendidikan Umat agar mencapai kedudukan yang lebih tinggi dan setanding dengan kaum-kaum lain.

DATO’ SERI DR.WAN SALIM WAN MOHD NOOR
MUFTI PULAU PINANG
29 MEI 2019

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Terdahulu pada 26 Mei lalu, tindakan ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit yang turut sama mengedarkan kit bantuan zakat menjadi tular dan pertikaian netizen.