Zamani Tangguh Kahwin

192
Zamani

Sejak awal kemunculannya hingga sekarang, Zamani tidak lekang daripada diajukan persoalan mengenai pasangan hidup.

Seperti yang dilaporkan oelh MHE TV, Zamani pula tidak pernah muak berkongsi soal perkahwinan,

Zamani bagaimanapun mengaku terpaksa menangguhkan dahulu niat untuk berkahwin berikutan kesibukan masa menguruskan kerjaya.

“Sehingga sekarang masih belum ada apa-apa perkembangan tentang perkahwinan, saya tidak akan berahsia soal ini,” luahnya ketika ditemui dalam sidang akhbar Konsert 3 Suara di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.