Zamri Direman 4 Hari, Tetapi Bagaimana Pula Dengan Waytha Moorthy, Ramasamy dan Kulasegaran? – Firdaus Wong

572

Dari facebook Firdaus Wong Wai Hung

[Islam Diancam?]

Saya memuji tindakan pantas pihak berkuasa menyiasat laporan polis yang dilakukan terhadap sahabat pendakwah saya iaitu Zamri Vinoth. Andai beliau terbukti bersalah, saya sebagai Muslim tidak akan mempertahankan beliau kerana mempertahankan prinsip Islam dan undang-undang negara mengatasi individu. Namun andai beliau tidak bersalah, saya akan mempertahankan beliau.

Cuma ada beberapa persoalan yang timbul;

1) Kenyataan Zamri Vinoth manakah yang menghina Hindu? Kenyataan beliau yang mengatakan Hindu sembah 330 juta tuhan atau mengatakan Siva Lingam itu adalah kemaluan tuhan mereka?

2) Adakah Zamri berbohong dan mengfitnah agama Hindu ataupun apa yang beliau katakan itu adalah sesuatu yang ada asasnya? Jikalau berbohong maka itu sesuatu yang tak patut dilakukan seorang Muslim tetapi jikalau apa yang dikatakannya ada asasnya, maka apakah berkata sesuatu yang benar itu dikira menghina?

3) Zamri direman 4 hari setelah beberapa laporan polis tetapi bagaimana dengan P Waythamoorthy & P Ramasamy, M Kulasegaran?

4) Apakah umat Islam semakin tersepit dan terancam di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah Muslim manakala ekstrimis agama dan bangsa lain saban hari menghina dan mengfitnah Islam & Muslim?

5) Sehingga hari ini P Waythamoorthy tidak pernah meminta maaf ataupun sekurang-kurangnya menarik balik kenyataan fitnah beliau kononnya Hindu dipaksa masuk Islam kalau mahu kerja di kerajaan dan juga tuduhan tuduhan liarnya yang lain?

6) Kematian Adib dalam serangan di kuil dan mereka yang terlibat masih bebas tetapi seorang pendakwah yang tidak membunuh sesiapa dan sekadar menceritakan pengalaman lampau sebelum Islam telah ditahan?

Beberapa persoalan yang timbul setelah berdiam diri beberapa hari ini bagi menganalisis perkembangan semasa dan melihat seolah-olah Islam semakin diancam gerakan ekstrimis agama Hindu.

Sentimen yang saya terima daripada masyarakat Muslim apabila berceramah di seluruh negara adalah Islam diperlekeh dan dihina malahan ramai yang memberitahu saya setelah kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan ambil alih, tindakan double standard di mana andai Muslim tindakan cepat dikenakan tetapi andai Non Muslim terutamanya ahli politik maka kes digugurkan atau tiada tindakan atau senyap.

Itu yang saya dengar dan terima dari orang ramai. Apa pendapat sahabat semua?