CheguBard Dakwa Keluarga Zeti Aziz Peroleh Projek Besar Kerajaan

598
20180806_PEO_GROUP CHAIRPERSON PNB TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ _PHOTO BY SAM FONG

Badrul Hisham Shahrin atau lebih sinonim dengan panggilan Chegubard semalam melalui facebook miliknya membuat satu hantaran yang mengaitkan beberapa nama besar dengan beberapa skandal.

Chegubard menulis;

Alhamdulillah berdasarkan maklumat dalaman Sime Property telah membatalkan keputusan lembaga pengarahnya awal Ogos lepas yang menamakan Datuk Voon Pengarah EcoWorld sebagai CEO syarikat. Imi kejayaan kalian yang bantu viralkan bantahan kerana jika berjaya dilantik Voon akan bergaji RM265,000 sebulan selain pastinya Sime Property akan tidak memainkan peranan sebagai payung melahirkan profesional dan korporat bumiputera seperti sebelum ini.

Namun kita berdepan dengan satu lagi langkah EcoWorld melalui lobi Kementerian kewangan yg akan memecahkan dominan pegangan bumiputra dalam syarikat milik PNB dan khazanah.

Sedih dimaklumkan bukan sahaja Lim Guan Eng dan Tony Pua tetapi ada Melayu kita yang terlibat menjadi dalang Cina.

Nama yg dimaklukam adalah 2 Melayu Syed Mokhtar dan Abu Juling…

Mereka dalang DAP utk pengaruh Tun M dalam isu mencairkan pegangan bumiputra.

Dalam itu ada pula nama seperti Zeti Aziz yang keluarganya sendiri memperolehi projek besar kerajaan dan terpalit sebagai pelobi / orang tengah dalam beberapa transaksi besar termasuk pegabungan bank.

Kita perlu gali semua maklumat mengenai isu ini. Siapa punya maklumat sila PM… saya akan susun dan dedahkan semua maklumat yang ada dalam beberapa hari lagi… saya sendiri punya dokumen dalaman Khazanah untuk dibentangkan….

Baca juga; Genap Setahun Menabur Janji, Kini Dimana Zeti Menghilangkan Diri?